Seperti yang diketahui umum Malaysia merupakan negara yang terdapat berbilang bangsa tetapi hidup aman dan harmoni. Saya sebagai anak Malaysia juga berbangga dilahirkan disini. Antara tiga kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat kira kira 80 kaum etnik di Malaysia, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya dan India Muslim.
BABA DAN NYONYA
Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka
merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya
di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang
dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari
wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka
terkenal sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah
melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka
datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan
wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut
Nyonya.
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya
masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat
Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam
kehidupan seharian mereka.
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut
fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah
keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain
menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur
bahasa Hokkien.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya
dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek
kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan
Cina.
Masyarakat ini amat masyhur dengan
pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai
persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.
Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.
Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.
Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi
percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh
apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka
percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan
mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau
atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Ibu yang hamil tidak boleh keluar
rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu
mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung
sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu
tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya
pisau untuk menakutkan hantu.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.
INDIA MUSLIM
Orang India Malaysia ialah satu
kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India
Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
Komuniti
India Muslim yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu di mana saudagarsaudagar
Muslim, India dan Parsi menjalankan perdagangan di antara India dan China.
Saudagar India Muslim dari India Selatan khususnya kaum Chola dari Pantai
Coromandel memainkan peranan utama dalam perdagangan bijih timah, buluh dan
kapur barus yang terdapat di Kedah.
Zaman
Kesultanan Melaka (abad ke-15 hingga abad ke-16) menyaksikan kegemilangan Melaka
sebagai pusat perdagangan paling utama di kawasan Nusantara. Di sini saudagar
India Muslim yang kebanyakannya datang dari Pantai Coromandel merupakan
komuniti orang asing yang terbesar dan paling berpengaruh. Peranan mereka
sebagai saudagar raja atau orang tengah antara Sultan dan pedagang-pedagang
asing memberi mereka kedudukan dan kuasa yang penting dalam ekonomi dan politik
istana. Menerusi perkahwinan dengan keluarga diraja dan orang-orang besar
istana kaum India Muslim dapat memperkukuhkan kedudukan dan kekayaan mereka di
tengah-tengah sistem perdagangan yang luas di bandar kosmopolitan.
Perkahwinan
campur antara orang India Muslim dan orang Melayu asli secara lebih luas
dipermudahkan oleh peranan mereka sebagai pendidik Islam. Kefasihan dalam
bahasa Melayu, Tamil dan Arab membolehkan mereka mengajar di masjid-masjid di
pinggiran bandar dan kawasan kampung di mana mereka disegani dan mempunyai
pengaruh besar. Perkahwinan campur antara lelaki India Muslim dan perempuan
Melayu dipermudahkan oleh tradisi Islam yang dianuti bersama sehingga terbina
sebuah komuniti kacukan yang maju dan berpengaruh yang terasing daripada orang
Melayu asli di kawasan-kawasan pedalaman. Dari awal lagi, kerana didorong oleh
persekitaran bandar yang terbuka untuk berniaga, bersekolah dan bercampur
dengan masyarakat berbilang bangsa, komuniti kacukan ini dapat membina identiti
yang terserlah. Asimilasi orang India Muslim ke dalam masyarakat Melayu
dicontohi oleh Munshi Abdullah seorang Jawi Pekan yang menceritakan pendidikan
beliau dalam tiga bahasa, Tamil, Arab dan Melayu dan peranan beliau sebagai
juru bahasa yang melicinkan hubungan antara saudagar asing termasuk India dan
Inggeris, dengan saudagar tempatan.
Dalam adat istiadat masyarakat Melayu lama,banyak
upacara yang berteraskan pengaruh tradisi India. Hal ini, ketara sekali
terutama dalam upacara-upacara yang berhubung dengan ‘rites de passage’ atau
proses peralihan tahap dalam hidup seseorang individu, misalnya dalam adat
resam yang bersabit dengan kehamilan, kelahiran bayi, bertindik, cukup umur,
dan perkahwinan. Banyak daripada adat-istiadat tersebut tidak lagi diamalkan
sekarang, melainkan dalam keluarga-keluarga diraja. Memang pada asalnya
orang-orang berketurunan India Muslim dan kemudiannya Jawi Peranakan menjiwai
adat resam nenek-moyang mereka dengan cara yang hebat. Pada amnya, pengaruh
perkembangan bangsa, perkahwinan campur, serta kedudukan sosioekonomi yang
berlainan sedikit demi sedikit melesapkan adat-adat lama. Namun demikian,
keluarga berketurunan Jawi Peranakan yang bersifat tradisional masih lagi
berpegang kepada nilai-nilai yang diwarisi dalam perlaksanaan adat resam,
terutamanya dalam hal yang melibatkan adat istiadat perkahwinan. Berbanding
dengan upacara-upacara lain yang melambangkan proses peralihan tahap dalam
hidup manusia, adat istiadat bagi menandakan pertemuan jodoh merupakan tahap
yang genting sekali dan diberi keutamaan dalam sistem sosial sesuatu kaum.
Keinginan mengekalkan ciri-ciri adat-resam berkenaan supaya dapat diwarisi oleh
generasi muda nyata diperlihatkan dalam kaum Jawi Peranakan. Memandangkan
hakikat tersebut, nilainilai yang bersabit dengan adat-resam perkahwinan dipilih
untuk merupakan fokus bicara dalam kertas ini.
Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk
kata-kata harian seperti :
BAHASA TAMIL
|
BAHASA MELAYU
|
AKKA
|
KAKAK
|
KADAI
|
KEDAI
|
KAPPAL
|
KAPAL
|
KATIKAM
|
KETIKA
|
MUTTU
|
MUTIARA
|
Mempunyai
kait rapat dengan identiti budaya dari segi fungsinya sebagai alat untuk
melahirkan nilai, sentimen serta pemikiran masyarakat penutupnya. Bahasa juga
merupakan lambang perpaduan dan keperibadian bagi sesuatu kaum atau bangsa, Di
Malaysia, bahasa Melayu diterima umum sebagai bahasa kebangsaan, Melalui sistem
persekolahan dan dasar pendidikan yang wujud, bahasa tersebut telah dapat
menyatupadukan bangsa Melayu yang lebih besar. Bahasa Melayu, dengan sistem
fonologi dan sintaksis yang tersusun digunakan sebagai alat perhubungan rasmi
bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini. Bagi orang Melayu, bahasa Melayu
menjadi simbol identiti bangsa dan hakikat ini jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, di peringkat bukan rasmi orang-orang
Melayu lebih cenderung menonjolkan identiti tempatan atau kedaerahan dengan
menggunakan kelainan dialek negeri-negeri tertentu, misalnya dialek Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Hal ini berlaku terutamanya
dalam interaksi sesama kelompok (intra-group interaction). Selain meningkatkan
perasaan kekitaan, penggunaan dialek tempatan juga mengesankan identiti
kedaerahan penutumya dalam mana jua persekitaran sosiolinguistik. Dalam
penggunaan bahasa, kaum Jawi Peranakan yang kebanyakkannya berasal dari Pulau
Pinang lebih selesa dengan dialek daerah Pulau Pinang apabila bertutur sesama
sendiri. Walau bagaimanapun, gaya pertuturan mereka lebih ekspresif daripada
yang digunakan oleh orang Melayu lain di Pulau Pinang, dengan bahasa jasmani
(body language) dan gerak isyarat yang tersendiri. Ketinggian suara serta
intonasi dalam 27 pertuturan juga merupakan penanda identiti kaum yang
dipengaruhi oleh cara pertuturan kaum India Muslim.
Bila kita menyebut nasi kandar,
Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang
samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti
nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala
kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain.
Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).
Contoh hidangan lauk pauk nasi
kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur
sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.
Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah
bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India
dan Semenanjung.
Pada mulanya pengaruh masakan mereka
ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan
Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara
termasuk Sabah dan Sarawak.
Nasi kandar mengekalkan nama
‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di
bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja
merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di
restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas
daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.
Identiti etnik adalah asas
pembentukan sesuatu kelompok manusia yang merangkumi
ciri-ciri budaya, tradisi, nilai,
sikap, sentimen serta pemikiran yang sebati dengan jiwa
dan semangat kumpulan tersebut.
Sejarah dan pengalaman-pengalaman yang diharungi
bersama merupakan pendorong utama
dalam penggabungan masyarakat dari pelbagai
keturunan dan pembentukan
etnisiti yang lebih luas. Penerimaan kelompok-kelompok
minoriti ke dalam masyarakat
teras dan perasaan bahawa mereka dapat menikmati
sepenuhnya segala aspek budaya
kehidupan tanpa prejudis atau diskriminasi akan
melengkapkan proses asimilasi
yang mereka lalu.
Di Malaysia
dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan perpaduan bangsa dan agama
dalam persekitaran sosio-ekonomi,
pendidikan dan politik negara mempermudahkan
proses asimilasi yang dilalui oleh
kelompok-kelompok Melayu. Walau pun masih
terdapat ciri-ciri disunktif
dalam budaya kehidupan orang Melayu dari pelbagai
keturunan, jelas bahawa identiti
etnik bangsa Melayu yang besar terbina menerusi
penyeragaman kebudayaan Melayu.
Walau pun masih boleh dikesan amalan tradisi dan
nilai-nilai asal pada tahap
sub-budaya tempatan atau kedaerahan, pengaruh persekitaran
yang semakin hari semakin
bersifat global tentu akan membentuk nilai-nilai yang lebih sejagat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya
serta fahaman politik. Semua
kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada
kerajaan.